Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu
pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan
penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga
merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana
sekiranya kita hidup tanpa ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih
lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada
kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat
penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran bagi sesuatu
bangsa dan negara.
Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus
kita meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat
penting sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.
Tugas seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah.
Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. Baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat universiti dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat al-Quran, ilmu fardhu ain dan sebagainya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam. Kita sedar bahawa ilmu yang ada pada diri kita ini sebenarnya hanyalah sedikit. Ini jelas sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 109;
Tugas seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah.
Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. Baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat universiti dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat al-Quran, ilmu fardhu ain dan sebagainya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam. Kita sedar bahawa ilmu yang ada pada diri kita ini sebenarnya hanyalah sedikit. Ini jelas sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 109;
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ
مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ
كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
“Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah seluruh lautan menjadi tinta
untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering
lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi
lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.”
Sikap saling menghormati sesama manusia merupakan suatu kewajipan
seorang Muslim kepada saudaranya. Para ulama wajib diperlakukan dengan
baik sesuai dengan haknya. Akhlak serta beradab yang baik merupakan
kewajiban yang tidak boleh dilupakan bagi seorang murid kepada gurunya.
Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka
dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Para sahabat dan salaf
al-soleh merupakan suri tauladan umat manusia yang telah memberikan
banyak contoh dalam menghormati seorang guru. Rasulullah
sallallahualaihi wasallam bersabda;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih
tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang
yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)
Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata;
مَا وَاللَّهِ اجْتَرَأْتُ أَنْ أَشْرَبَ الْمَاءَ وَالشَّافِعِيُّ يَنْظُرُ إِلَيَّ هَيْبَةً لَهُ
“Demi Allah, aku tidak berani meminum air dalam keadaan al-Syafi’e melihatku kerana segan kepadanya.”
Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah, Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu mengatakan;
تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ
“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”
Manakala Imam al-Syafi’e rahimahullah berkata;
كنت أصفح الورقة بين يدي مالك صفحًا رفيقًا هيبة له لئلا يسمع وقعها
“Dulu aku membolak-balikkan kertas di depan gurunya (Imam Malik)
dengan sangat lembut kerana segan kepadanya dan supaya dia tidak
mendengarnya.”
Sungguh mulia akhlak mereka para suri tauladan kaum muslimin, tidaklah
hairan mengapa mereka menjadi ulama besar, ia merupakan hasil dari
keberkatan ilmu mereka serta hasil dari akhlak mulia terhadap para
gurunya.
Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah (dalam kitabnya Hilyah Tolib al-Ilm) mengatakan (mafhumnya), “Beradab
lah dengan yang terbaik pada saat kamu duduk bersama syaikhmu,
gunakanlah cara yang terbaik ketika bertanya dan mendengarkannya.”
Manakala Ibnu al-Jamaah mengatakan (mafhumnya), “Seorang penuntut
ilmu harus duduk dengan sopan di hadapan gurunya, tenang, tawadhu’, mata
tertuju kepada guru, tidak menyelunjurkan kaki, tidak bersandar, tidak
tertawa dengan keras, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari
gurunya juga tidak membelakangi gurunya.”
Para Sahabat Rasulullah sallallahualaihi wasallam, tidak pernah kita
dapati mereka beradab buruk kepada Nabi, mereka tidak pernah memotong
ucapannya atau mengeraskan suara di hadapannya. Bahkan Umar bin
al-Khattab radhiallahu ‘anhu yang terkenal keras wataknya tidak pernah
meninggikan suaranya di depan Rasulullah sallallahualaihi wasallam.
Hadits yang dikeluarkan daripada Abi Said al-Khudry radhiallahu ‘anhu
juga menjelaskan:
كُنَّا
جُلُوسًا فِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَ إلَيْنَا وَلَكَأَنَّ عَلَى رُءُوسِنَا
الطَّيْرَ، لَا يَتَكَلَّمُ أَحَدٌ مِنَّا
“Saat kami sedang duduk-duduk di masjid, maka keluarlah Rasulullah
sallallahualaihi wasallam, kemudian beliau duduk di hadapan kami. Maka
seakan-akan di atas kepala kami terdapat burung. Tidak ada satu pun
daripada kami yang berbicara.”
Allah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 43;
فَسْئَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَتَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
Bertanyalah kepada para ulama, begitulah pesan Allah di ayat dengan
bertanya maka akan hilang kebodohan, hilang keraguan, serta mendapat
keilmuan.Tidak diragukan bahawa bertanya juga mempunyai adab di dalam
Islam. Para ulama telah menjelaskan tentang adab bertanya ini. Mereka
mengajarkan bahawa pertanyaan harus disampaikan dengan tenang, penuh
kelembutan, jelas, singkat dan padat, juga tidak menanyakan pertanyaan
yang sudah diketahui jawabannya.
Di dalam al-Qur’an terdapat kisah adab yang baik seorang murid terhadap
gurunya, kisah Nabi Musa dan Khidir. Pada saat Nabi Musa ‘alaihissalam
meminta Khidir untuk mengajarkannya ilmu. Allah berfirman dalam surah
al-Kahfi ayat 67;
إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً
“Khidir menjawab, sungguh engkau (Musa) tidak akan sanggup sabar bersamaku.”
Nabi Musa dengan segenap ketinggiannya di hadapan Allah, tidak diizinkan
untuk mengambil ilmu dari Khidir. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah
al-Kahfi ayat 70;
فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً
“Khidir berkata, jika engkau mengikuti maka janganlah engkau menanyakanku tentang sesuatu apapun, sampai aku menerangkannya.”
Jangan bertanya sampai diizinkan, itulah syarat Khidir kepada Musa. Maka
jika seorang guru tidak mengizinkan untuk bertanya maka jangalah
bertanya, tunggulah sampai guru mengizinkan bertanya.







0 comments:
Post a Comment